Panduan E-SSPN Online

Panduan lengkap untuk pendeposit membuat pendaftaran kali pertama menggunakan E-SSPN Online.

Sila Rujuk Panduan Di Bawah

Image

Langkah 1

1. Layari Portal Rasmi PTPTN, atau klik pada pautan dibawah:
https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html

2. Klik pada "Pendaftaran Online E-SSPN-i
Image

Langkah 2

1. Masukkan No. Akaun SSPN

2. Masukkan alamat email semasa pendaftaran SSPN secara online.

3. Sila sahkan alamat email yang diberikan.

4. Masukkan No. KP (Penerima Manfaat) semasa pendaftaran SSPN.

5. Masukkan poskod. Poskod mestilah sama seperti pendaftaran akaun SSPN dibuat.

6. Masukkan kata laluan. Kata laluan sebaiknya merangkumi huruf besar, huruf kecil dan numbor, contoh: Sspn123456

7. Sila sahkan kata laluan yang digunakan.

*Masukkan kod abjad/angka yang dipaparkan pada skrin anda.

8. Klik pada SIMPAN.
Image

Langkah 3

Sila buka PETI MASUK email anda untuk semakan pengesahan pembukaan. Sila klik pada pautan berwarna biru untuk pengesahan.

Nota: Jika tiada dalam PETI MASUK, sila semak pada folder lain, seperti SPAM, Junk atau lain-lain.

Email digunakan adalah: [email protected]
Image

Langkah 4

1. Masukkan No. Kad Pengenalan pendeposit tanpa "-". Contoh: 861322035052

2. Sila masukkan katalaluan yang telah dibuat semasa pendaftaran dilakukan (rujuk langkah 2)
Image

Langkah 5

Pada laman ini, pendeposit boleh terus membuat semakan berkenaan akaun SSPN.

1. Klik pada No. Akaun SSPN untuk membuat semakan baki terperinci/terkini.

2. Klik pada bahagian "Pengeluaran SSPN" jika pendeposit ingin membuat pengeluaran.

Nota: Untuk kekal aktif minimum baki RM20 perlu ditinggalkan untuk pengeluaran.

3. Pendaftaran direct debit jika pendeposit untuk membuat caruman bulanan, melalui potongan akaun bank.

4. Penyata hasil untuk pendeposit mendapatkan bagi pelepasan cukai taksiran untuk gunaan pihak HASIL.

Deposit SSPN-i Sekarang

Bersama SSPN, anda akan mendapat pelbagai keistimewaan diberikan.